Inilah Pelajaran Paling Mahal Saya Dapat Disindir Ipar Duai Disebabkan Tidak Pandai Masak

 

 

Boleh dikatakan zaman sekarang ni masih ramai wanita yang tak pandai masak. Tetapi, perlu ke nak risau dan berterusan membiarkan diri disindir orang lain terutamanya ahli keluarga? Sekarang internet ada coverage hampir di mana-mana pelusuk muka bumi. Bila-bila masa saja boleh google resepi atau tips dan petua belajar masak. Jangan jadi macam saya, diam saja apabila disindir. Setelah berbulan-bulan disindir barulah rasa nak merangkak balik, belajar masak. Kalau anda seperti saya dan anda sekarang membaca artikel ini, teruskan pembacaan. Saya akan kongsikan pelajaran yang saya perolehi setelah asyik disindir disebabkan tidak pandai masak

 

 

Inilah Pelajaran Paling Mahal Saya Dapat Disindir Ipar Duai Disebabkan Tidak Pandai Masak #1 : Menjadi lebih positif

 

Pelajaran paling besar yang saya dapat akibat disindir ipar duai adalah menjadi lebih positif. Saya kini adalah saya yang baru, yang lebih positif. Yang mengambil pelajaran daripada sindiran orang sekeliling. Saya sudah tidak mahu menjadi saya yang dulu, yang pasif dan selalu merasakan mereka semua membenci saya. Sehinggakan saya takut berkumpul bersama ahli keluarga. Asal berkumpul je mesti saya je yang kena perli. Sampai suami terbabit sama. Selepas itu, saya nekad untuk berubah dan menjadi saya yang sekarang.

 

Saya menjadi lebih positif dalam semua aspek, bukan bab masak sahaja. Apa juga pandangan atau pendapat atau sindiran orang lain akan saya ambil dan kaji semula apakah ia salah atau benar. Jika benar, apa yang dapat saya perbaiki untuk menjadi lebih baik. Saya juga suka fikirkan bahawa orang yang menyindir itu sebenarnya sayang akan saya dan mereka mahu saya menjadi lebih baik. Saya amat berterima kasih kepada ipar duai yang menyindir saya dan menjadikan saya yang baru.

 

 

Inilah Pelajaran Paling Mahal Saya Dapat Disindir Ipar Duai Disebabkan Tidak Pandai Masak #2 : Belajar memasak

 

Apabila berfikiran positif, seluruh tubuh kita akan menjurus kepada perbuatan yang positif sahaja. Lihatlah, setelah disindir, saya nekad untuk belajar memasak. Saya mula membeli buku-buku masakan dan mencari resepi mudah di internet. Saya malah membuat salinan untuk setiap resepi itu dan masukkan ke dalam satu file supaya mudah untuk saya rujuk kembali. Suami juga tidak kurang memberikan sokongan. Setiap kali saya mencuba apa-apa menu, beliau sanggup menjadi ‘tukang rasa’ dan memberikan pendapat bagaimana selayaknya rasa makanan itu.

 

Dengan cara itu saya lebih bermotivasi untuk memperbaiki kualiti masakan saya dan lebih kerap memasak sebagai cara berlatih. Dengan melihat kesungguhan saya, diam-diam suami saya mendaftarkan saya dalam kelas masakan supaya saya boleh menimba lebih banyak ilmu. Pelbagai bahan masakan dan menu baru yang diperkenalkan dan saya boleh terus cuba memasaknya dengan bantuan pengajar. Hasilnya? Saya sudah mahir memasak dan suami sangat gembira dengan perubahan saya.

 

 

Inilah Pelajaran Paling Mahal Saya Dapat Disindir Ipar Duai Disebabkan Tidak Pandai Masak #3 : Menjadi lebih cekap di dapur

 

Lama kelamaan saya semakin suka untuk berkumpul dengan keluarga. Saya sudah tidak merasa rendah diri lagi. Setiap kali berkumpul, sayalah yang akan sediakan makanan untuk semua ahli keluarga. Masakan yang paling mereka suka request dengan saya kini ialah Nasi Arab. Walaupun penat kena masak dalam kuantiti yang banyak, namun saya bersyukur mereka semua sukakan masakan saya akhirnya. Oh ya! Saya ada terjumpa satu cara yang lagi simple untuk buat nasi Arab. Boleh KLIK SINI.

 

Ipar duai saya kata saya sudah menjadi sangat cekap di dapur mengalahkan Chef Wan. Saya menjadi segan sendiri. Dalam diam, saya amat bersyukur kerana tanpa sindiran yang dilemparkan pada saya, tidak mungkin saya akan sampai ke tahap ini. Mungkin saya masih terkial-kial menggoreng telur atau masih keliru antara garam dan ajinamoto.

 

Buat anda yang masih belum pandai memasak, percayalah masih belum terlambat untuk bermula. Sekiranya anda berkehendak, teruskan dengan tindakan. Jangan biarkan diri anda disindir sehingga anda merasa hilang keyakinan diri. Belajar dan biasakan diri menjenguk orang tua masak. Barulah anda tak kekok dan dapat belajar masak dengan cepat. Semoga berjaya!

10 September 2018

Agency © 2018 | Created with Shopievo