9 Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga

 

Pernah dengar mitos yang mengatakan wanita bekerja tidak mampu membahagiakan keluarga? Kadang-kadang rasa nak tergelak, kadang-kadang rasa marah bila fikirkan balik mitos yang tersebar dalam kalangan masyarakat terutama golongan veteran.

 

Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga #1 : Anak-anak bermasalah

 

Ramai orang beranggapan apabila wanita bekerja ni anak-anaknya pasti bermasalah. Kenapa begitu? Kerana ibu mereka tiada masa untuk anak-anak, lepaskan sahaja perihal mereka untuk selesaikan sendiri. Paling teruk bila semuanya dibiarkan pada tanggungjawab guru di sekolah.

 

Sebenarnya ini tidak tepat sama sekali. Kebanyakan ibu yang bekerja dapat menghasilkan anak yang berkualiti. Ini kerana, ibu bekerja lebih banyak pengetahuan tentang persekitaran menjadikan mereka mudah berkomunikasi dengan anak-anak. Jadi, anak tidak akan terbiar dan menjadi anak bermasalah.

 

 

Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga #2 : Suami terabai

 

“Kalau suami pasang lain tu mesti isterinya bekerja dan tidak tahu menjaga suami. Makan, minum, pakai suami tentu tak terurus. Kadang-kadang rasa kasihan pada suami yang mempunyai isteri bekerja. Isteri sepatutnya duduk di rumah, bukan keluar bekerja”.

 

Ini pun jelas tidak releven. Ramai jer antara kita yang suami isteri bekerja dan mereka masih mampu bahagia. Asal saja mereka tahu membahagi waktu dan tugas di rumah, pasti semua kerja akan terurus. Tanyalah pada mana-mana wanita bekerja, sekiranya diberi pilihan antara berkerja atau menjadi suri rumah, sudah tentu suri rumah pilihan mereka. Tetapi, keadaan ekonomi semasa tidak memungkinkan mereka membuat pilihan kedua tadi. Pun begitu, keperluan suami masih menjadi keutamaan setiap wanita bekerja walaupun diri sendiri juga penat bekerja.

 

 

Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga #3 : Keluarga pecah belah

 

“Anak bermasalah, suami tak terurus, keluarga pun pecah belah. Inilah akibat isteri yang keluar bekerja. Langsung tidak tahu menjaga keluarga. Kan senang kalau duduk rumah je. Kenapa nak keluar bekerja lagi? Biarkan suami yang cari nafkah, awak duduklah rumah jaga keluarga”. Amboi sedapnya makcik bawang mengata ye. Lembik je mulutnya.

 

Itu semua tak betul. Kalau rumah tangga tak diuruskan dan diketuai oleh ketua yang bagus, tak payah tunggu isteri bekerja pun memang keluarga akan pecah belah. Sebenarnya ini semua bergantung kepada institusi itu sendiri, bagaimana cara untuk mendapat keluarga yang bahagia dalam keadaan pasangan yang sama-sama bekerja. Ramai saja pasangan bahagia dan keluarga berjaya walaupun keduanya bekerja. Betul tak?

 

 

Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga #4 : Tak pernah masak

 

Siapa kata wanita bekerja tak pernah masak? Salah tu. Kalau nak tahu sekarang ni pelbagai kemudahan dah ada untuk membantu wanita bekerja memasak tau. Maksudnya mereka tetap melakukan tugas mereka sebagai suri rumah walaupun separuh masa. Yang lagi best bila sekarang dah ramai isteri yang siapkan bekal untuk suami makan tengahari. Elok je masak walaupun si isteri turut sama berperang nak ke tempat kerja.

 

 

Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga #5 : Tidak produktif

 

“Balik kerja mesti dah penat lepas tu kerja rumah tak buat. Mana nak datang produktiviti lagi kalau dah seharian tenaga dicurahkan di pejabat? Confirm dah barai tu”.

 

Kalau anda nak tahu, Allah bagi wanita ni kekuatan mental dia satu macam. Menipulah kalau katakan tak penat. Penat memang penat, namun dengan naluri keibuan, wanita masih mampu memegang penyapu dan sudip, berlari depan dan belakang sebaik sahaja pulang dari tempat kerja demi memberikan perkhidmatan terbaik buat keluarganya. Masih dikatakan tidak produktifkah jika begitu?

 

 

Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga #6 : Gaji habis bayar pengasuh

 

“Membazir je isteri kalau bekerja ni. Penat dapat, dah tu takde hasil. Yelah, cukup bulan dapat gaji bayar pengasuh. Anak tiga orang, habis macam tu je duit. Baik jaga anak sendiri di rumah”.

 

Tak semua wanita bekerja itu gajinya habis dibayar pengasuh. Anda tahu ke rancangan kewangan keluarga orang lain? Mana tahu kalau isteri itu suaminya berpangkat pengurus. Duit gaji isteri setiap bulan sepenuhnya masuk akaun anak-anak buat tabungan ke tanah suci dan simpanan pelajaran. Kan bagus tu? Masa depan terjamin, keluarga pun bahagia.

 

 

 

Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga #7 : Komunikasi keluarga terjejas

 

“Keluar pagi balik petang. Suami dah begitu, isteri pun sama juga. Siapalah yang nak bersembang dengan anak-anak dia. Rumah pun tak bunyi bising suara anak-anak. Mesti komunikasi mereka sekeluarga dah terjejas”.

 

Banyak cara untuk memanfaatkan waktu bersama keluarga. Tak semestinya  pasangan yang bekerja itu langsung tidak bersembang. Kadang-kadang, pasangan yang bekerjalah mempunyai idea yang lebih bernas, pendapat yang matang dan mudah untuk berkomunikasi. Jadi, tidak benarlah sekiranya dikatakan wanita bekerja itu tidak mampu membahagiakan keluarganya.

 

 

Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga #8 : Tidak punya anak

 

Tidak punya anak sering kali dikaitkan dengan status isteri sebagai seorang pekerja. Terlalu ramai wanita yang merasakan diri mereka tidak dapat hamil akibat menanggung tekanan di tempat kerja. Tak betul tu. Kami rasa anda sendiri tahu berapa ramai wanita yang mengandung namun masih bekerja, bukan? Oleh sebab itu, ini adalah mitos yang tidak harus dipercayai sekiranya anda bekerja dan masih belum hamil. Banyakkan doa, rezeki anak bukan berada dalam poket kita.

 

 

Mitos Tentang Wanita Bekerja Yang Tidak Mampu Membahagiakan Keluarga #9 : Hilang kelembutan

 

Wanita yang bekerja adakalanya dikatakan berperwatakan kasar dan hilang kelembutan terhadap suami dan anak-anak. Ini kerana mereka tidak banyak waktu diperutukkan untuk melatih sabar ketika  berhadapan dengan kerenah anak.

 

Sebenarnya bekerja atau tidak seorang wanita itu tidak menentukan peribadi dan tingkah laku mereka. Walaupun mereka seorang pembancuh simen seperti kebanyakan pekerjaan yang dilakukan oleh wanita Indonesia, namun mereka masih seorang yang punyai naluri keibuan dan kelembutan. Pasti karekter mereka berubah apabila berada dalam kalangan ahli keluarga.

 

Jadi, jangan percaya sangat mitos nusantara yang anda dengar tu. Semak dahulu kebenarannya, baru bertindak. Takkan nak hilang kerja kerana mitos. Yang penting, buktikan bahawa wanita bekerja juga boleh membahagiakan keluarga.

10 September 2018

Agency © 2018 | Created with Shopievo