3 Minuman Sesuai Dihidangkan Dengan Nasi Arab

 

 

 

Anda suka makan Nasi Arab? Sudah tentu, bukan? Dengan hidangan yang besar, ayam besar, kambing besar, satu hidangan sahaja sudah mencukupi untuk makan dua orang. Nasinya yang lembut, ayam yang diperap cukup rempah ditambah pula sup yang sedap. Memang boleh makan sampai terlantarlah pendek kata. Selalu sahaja kita dengar orang bercerita tentang Nasi Arab. Namun, adakah anda tahu apakah minuman yang sesuai dihidangkan dengan Nasi Arab? Kami kongsikan bersama anda di bawah ini 3 jenis minuman yang sesuai.

 

 

Minuman Sesuai Dihidangkan Dengan Nasi Arab #1 : Air berkarbonat

 

Kebanyakan orang Arab Saudi menggemari air berkarbonat. Pelbagai jenis air berkarbonat berbagai perisa boleh didapati di negara tersebut. Umum mengetahui, Arab Saudi mengharamkan kemasukan alkohol apatah lagi menjual di khalayak umum. Mungkin sebab itulah pelbagai air berkarbonat dijual bagi memberi pilihan kepada rakyat berbilang bangsa yang menetap di sana. Pada tahun 2015, ada laporan yang mengatakan negara Arab Saudi ini mempunya penghidap diabetes yang ketujuh tertinggi di dunia. Ia bersamaan dengan 24% daripada populasi masyarakat di Arab Saudi menghidap penyakit tersebut.

 

Salah satu puncanya adalah daripada tabiat meminum air berkarbonat ini. Sebenarnya ini adalah tabiat yang sangat tidak sihat. Tetapi menurut sesetengah pendapat, orang Arab Saudi ini suka minum air berkarbonat ketika makan Nasi Arab adalah untuk memudahkan proses perkumuhan. Yelah, air berkarbonat kan mengandungi gas. Bagi mereka, lepas makan nasi banyak-banyak dan minum air bergas, sekejap je dah nak membuang. So, kuranglah potensi untuk sembelit. Benar atau tak, wallahuaklam. Info yang kami dapat adalah daripada seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Arab Saudi.

 

 

Minuman Sesuai Dihidangkan Dengan Nasi Arab #2 : Air buah-buahan

 

Uniknya Arab Saudi ini kerana makanan dan minumannya. Sekiranya anda ke sana, lupakan hasrat untuk makan makanan segera. Ini kerana, di sana terdapat terlalu banyak menu makanan dan minuman yang sedap-sedap yang patut anda cuba. Well, tidak sah kalau anda melawat Arab Saudi tetapi tidak makan Nasi Arab, bukan? Dan anda patut cuba pelbagai jenis air buah untuk diminum bersama menu utama, Nasi Arab.

 

Orang Saudi ni memang pandai mempelbagaikan air buah. Antara yang ditawarkan di kebanyakan kedai ialah Honey Mint Green, Peach Juice, Grapes Coctail, Pineapple Cocktail, Roselle Juice, Lebanese Fruit Cocktail, Sharbat, Qamar Al-Deen (jus aprikot) dan banyak lagi. Yang membuatkan kami rasa teruja ialah mereka bukan sahaja memproses buah untuk dijadikan jus, malah turut memproses jus daripada buah-buahan kering. Sungguh menarik. Rasanya pasti enak apatah lagi apabila jus yang sejuk-sejuk itu dihidangkan bersama Nasi Arab. Perghhh! Nikmatnya.

 

 

Minuman Sesuai Dihidangkan Dengan Nasi Arab #3 : Air teh

 

Teh adalah minuman yang wajib dihidangkan kepada tetamu di Arab Saudi. Oleh sebab itu, pelbagai jenis teh yang ada di setiap rumah di sana. Mereka juga gemar menghidangkan teh kepada tetamu yang memilih minuman panas untuk dihidangkan bersama Nasi Arab. Antaranya seperti Teh Jasmin, Teh Mint, Teh Chamomile, Anise Tea dan banyak lagi.

 

Apa yang menarik tentang teh di Arab Saudi ini adalah ia mempunyai pelbagai khasiat dan anda boleh memilih aroma yang anda kehendaki mengikut keadaan diri semasa. Contohnya, sekiranya anda mengalami masalah sukar tidur dan stress, anda boleh mengambil Teh Chamomile ketika waktu makan malam bersama Nasi Arab. Hasilnya, anda akan dapat tidur lena dan dapat melegakan kesakitan ringan pada tubuh.

 

Andai kata anda mengalami sakit tekak atau selesema, apa kata anda cuba secawan Teh Mint. Ia mengandungi anti oksida yang tinggi dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Tidak hairanlah orang Arab boleh minum pelbagai jenis teh dengan Nasi Arab mereka, tanpa kerisauan tentang masalah penghadaman atau sebagainya.  

 

Jadi, mana satu pilihan anda? Apa-apa pun yang anda pilih, jangan lupa tentang kandungan gula. Kalau sesekali tiada masalah, tapi kalau terlalu kerap risau risiko sampingan. Ingat, Malaysia juga antara negara yang penduduknya banyak mengambil gula tanpa kawalan. Minum minum juga, namun biarlah berpada, ya!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10 September 2018

Agency © 2018 | Created with Shopievo