10 HIDANGAN YANG POPULAR PADA TAHUN 2018 DAN TIDAK PERLU BERBELANJA BESAR UNTUK MAKAN BERSAMA KELUARGA

 

 

 

Tahun 2018 merupakan diantara tahun yang agak mencabar untuk semua rakyat Malaysia kerana saban tahu desakan ekonomi semakin meningkat dan kos sara hidup juga menjadi semakin tinggi. Buat anda yang bekerja, kerja saban hari makin banyak tapi gaji masih kekal. Buat anda yang dah berkeluarga, anak-anak semakin membesar dan segala perbelanjaan untuk anak-anak juga semakin bertambah.

 

Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti rakyat Malaysia sedang melalui situasi ini. Pastinya anda juga kadangkala terfikir untuk membawa keluarga anda keluar makan dan menikmati hidangan yang popular tapi apabila terkenangkan kos yang terpaksa dikeluarkan membantutkan niat anda untuk melakukannya. Jangan risau. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda 10 hidangan yang popular pada tahun 2018 dan tidak perlu berbelanja besar untuk makan bersama keluarga.

 

1. Shell Out

 

Shell out merupakan diantara hidangan yang sangat popular sekarang ini. Ia merupakan hidangan yang mengetengahkan makanan laut seperti ikan, udang, ketam, kerang dan bermacam lagi sebagai bahan utama berserta dengan sos/kuah istimewanya yang tersendiri. Saiz hidangannya juga sesuai untuk tiga ke empat orang dan sekarang ini semakin banyak kedai yang menawarkannya pada harga yang sangat berpatutan dan bersesuaian untuk keluarga yang besar.

 

2. Siakap Stim Lemon

 

Hidangan ini merupakan diantara hidangan yang sangat istimewa bagi kebanyakan restoran tom yam. Bayangkan untuk satu set hidangan yang mempunyai tomyam, siakap stim lemon, sayur, satu jag air dan telur dadar boleh dinikmati oleh tiga ke empat orang pada harga sekitar RM30-RM40. Ia bukan sahaja jimat malah ia sangat menyelerakan dan mengenyangkan.

 

3. Western Food

 

Jika sebelum ini, agak sukar untuk anda menikmati hidangan barat kerana ia agak mahal, mungkin anda perlu pertimbangkannya semula. Hal ini kerana terdapat begitu banyak restoran yang menawarkan hidangan barat ini dalam bentuk set. Dalam satu set, terdapat sekitar dua ke tiga hidangan chicken chop, meatball, french fries, coleslaw dan bermacam lagi pada harga sekitar RM20-RM30 sahaja. Bahkan sekarang ini terdapat hidangan chicken chop pada harga RM5-RM7.

 

4. Satay

 

Bergantung kepada tempat dan populariti kedai satay tersebut juga sebenarnya. Ada banyak juga tempat yang masih menawarkan secucuk satay ayam pada harga 50 sen sahaja! Kebanyakan kedai satay popular tidak mengenakan caj yang mahal untuk setiap cucuk satay. Jika mahal sekalipun, kuantiti daging ayam, daging lembu, daging kambing dan lain-lain untuk setiap cucuk satay tersebut sangat banyak dan lebih dari setimpal dengan harga yang dikenakan.

 

5. Kentucky Fried Chicken (KFC)

 

Jika kena pada masa promosinya, anda mampu untuk menikmati hidangan yang banyak namun pada harga yang sangat berpatutan. Anda juga jangan abaikan sebarang kupon promosi atau kupon diskaun yang anda terima dalam peti surat rumah anda kerana ia sebenarnya sangat-sangat berbaloi dan menjimatkan.

 

6. Domino’s Pizza

 

Populariti Domino’s Pizza semakin meningkat dan mendapat tempat dalam kalangan penggemar pizza di Malaysia. Jika anda mempunyai anak-anak kecil, pastinya hidangan sebegini sangat menarik perhatian dan mampu untuk meningkatkan selera mereka. Sama seperti KFC, sebarang kupon promosi atau kupon diskaun yang anda terima menerusi peti surat anda, jangan sesekali abaikannya. Domino’s Pizza merupakan diantara restoran pizza yang sentiasa melakukan promosi.

 

7. Nasi Kandar

 

Untuk menikmati hidangan nasi kandar bersama keluarga, ada caranya untuk berjimat. Anda perlu menikmatinya secara hidang. Maksudnya begini. Daripada anda mengambil lauk ayam seketul seorang untuk keluarga anda yang bersaiz 6 orang, lebih baik anda mengambil tiga ketul dan potong kepada beberapa bahagian. Anda juga boleh mengambil lauk lain menggunakan cara yang sama. Sekurang-kurangnya anda boleh menikmati berbagai jenis hidangan pada harga yang lebih murah.

 

8. Yong Tau Fu

Yong Tau Fu merupakan diantara hidangan yang sentiasa popular sepanjang zaman. Campuran berbagai bahan yang memberikan sensasi dan rasa yang berbeza benar-benar mampu untuk memberikan kelainan terhadap selera makan anda. Untuk mengelakkan anda dari dicaj pada harga yang mahal, anda boleh survey harga setiap bahan dulu dan elakkan bahan yang mahal. Dengan cara ini, anda boleh meningkatkan kuantiti bahan yang ada tanpa perlu berbelanja besar.

 

9. Steamboat and grill

 

Walaupun ia sudah tidak sepopular seperti awal kemunculannya, ia masih kekal sebagai hidangan popular pada tahun 2018 dan tidak perlu berbelanja besar untuk makan bersama keluarga. Masih terdapat banyak restoran yang menawarkan pakej untuk keluarga dan ada hari-hari tertentu restoran-restoran ini akan membuat promosi. Cuba target hari-hari promosi tersebut untuk mengelakkan anda dari berbelanja besar.

 

10. Nasi Arab Mandy

 

Restoran Nasi Arab biasanya menyediakan setiap hidangan Nasi Arab Mandy dalam portion yang agak besar. Setiap hidangannya mampu untuk dinikmati oleh dua ke tiga orang jadi ia termasuk dalam kategori hidangan popular pada tahun 2018 dan tidak perlu berbelanja besar untuk makan bersama keluarga. Nak tahu cara yang lagi best? Anda boleh dapatkan pek Nasi Arab segera yang boleh memberikan anda hidangan untuk lima ke enam orang pada harga serendah RM25 sahaja. Untuk informasi lanjut, anda boleh KLIK SINI .

 

Sekian sahaja artikel kali ini berkenaan 10 hidangan yang popular pada tahun 2018 dan tidak perlu berbelanja besar untuk makan bersama keluarga. Diharapkan perkongsian kali ini mampu untuk berikan anda informasi baru berkenaan cara untuk makan sampai puas tanpa perlu berbelanja besar dan mampu untuk membahagiakan serta memberi masa yang berkualiti bersama keluarga.

10 September 2018

Agency © 2018 | Created with Shopievo